Kenapa kian AFC sama FIFA atu karas kepala mengalahkan batu karang yang terdapat dibelakang rumahku di Australia atu? Bukankah pihak berkuasa kitani udah memansuhkan persatuan bola sepak atu kerana inda mengikut sebahagian daripada perkara-perkara yang diperlukan RoS dalam memberi kebenaran sesebuah persatuan atau kelab atu berfungsi selama mana yang mungkin. Dan apabila AFC dan FIFA bekaras jua supaya persatuan atu di ‘reinstate’ atu dihidupkan semula, bermakna AFC sama FIFA telah bermain dengan politik terhadap negara kitani. Bermakna mereka inda hormat terhadap kedaulatan undang-undang negara kitani. Mungkin semua ani disebabkan oleh ada kepentingan tersendiri mereka terhadap persatuan yang mereka benar-benar ingin dihidupkan semula atu, pasal bisdurang udah melabur terhadap persatuan atu.

Bukan plang kan inda menyuruh persatuan atu hidup semula, lagi bisai mun dapat dihidupkan semula, akan tetapi apabila ada undang-undang Negara Brunei Darussalam yang inda membenarkan persatuan atu dihidupkan semula mengapa harus bekaras? AFC dan FIFA haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh undang-undang di Brunei ani, dan apabila persatuan baru telah ditubuhkan dan diluluskan oleh RoS, bermakna persatuan atu adalah sah disisi undang-undang, dan dengan sendirinya bagi pendapat ku,  persatuan baru atulah yang menjadi pemangkin bolasepak negara kitani yang tercinta ani.Jadi dengan sendirinya persatuan baru atu layak untuk mendaftarkan diri kepada AFC dan FIFA dan juga persatuan yang lama atu inda patut menjadi ahli AFC dan FIFA, oleh disebabkan tidak dilihat sah oleh undang-undang negara kitani lagi.

Jikalau RoS kan menghidupkan semula persatuan yang lama atu, apa kata persatuan atu dijadikan untuk menjaga perkembangan bolasepak negara diperingkat antarabangsa dan persatuan yang baru atu menjaga bolasepak tempatan?

Misalannya apabila ada perlawanan bolasepak dengan negara-negara asing, persatuan lama atu yang mengendalikan dan liga-liga tempatan dijaga oleh yang baru. Mungkin ianya akan menimbulkan banyak kekeliruan dan masalah, tetapi tidak ada salahnya mencuba, dan jika tidak berhasil terpulang kepada pihak berkuasa yang berkenaan membuat penilaian.


Secebis pandangan daripada penulis blog.