Al-kisah tentang Kenali Negara Kitani

Posted: June 20, 2007 in Uncategorized

Negara kitani sebenarnya kaya dengan khazanah semulajadi yang susah untuk ditemui di negera-negera lain, terutama sekali negara-negara yang telah membangun. Khazanah semulajadi yang dimaksudkan disini ialah hutan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh memberikan hasil kepada negara kitani dimana kitani boleh mengalihkan pandangan sebulat-bulatnya daripada industri minyak dan gas.

Negara kitani mempunyai sumber hutan yang mencukupi untuk industri pembalakan, ubat-ubatan tradisional ataupun moden, seperti kayu gaharu, tongkat ali dan lain-lain lagi. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk mengindahkan hutan-hutan kita, supaya dapat dikunjungi oleh orang ramai, terutama sekali pelancong luar. Hutan-hutan seperti di Bukit Shahbandar, Sungai Liang, Hutan Simpan Berakas, Tasek Merimbun dan lain-lain lagi.

Bukan sahaja kita boleh melihat tumbuh-tumbuhan yang jarang kita nampak, juga boleh kita saksikan pelbagai spesis binatang sama ada yang masih wujud atau yang kian pupus. Binatang seperti, kenawai, itek badan, ‘fruit bat’, ‘proboscis monkey’ dan pelbagai spesis lain yang hanya boleh kita ketahui apabila kita melawat ketempat-tempat seperti ini.

Kita perlu bangga dengan adanya khazanah seperti ini dinegara kitani. Negara kitani tidak seharusnya mempunyai bangunan tinggi untuk dimegahkan dinegara luar, kita boleh bermegah dengan khazanah hutan kita, tetapi asalkan kita tahu menjaganya. Bukanlah maksud saya hanya mengenali hutan negara kitani sahaja, tetapi merangkumi seluruh Brunei, jika boleh. Kita seharusnya merasa malu jika tidak mengenali negara kitani sendiri.

Tidak dinafikan, saya sendiri pun bukanlah yang arif tentang negara saya sendiri, tetapi itu tidak menjadikan alasan bahawa kitani terus tidak mengetahui tentang negara kitani. Kitani haruslah belajar dengan lebih dalam tentang negara kitani, supaya kita tidak akan teragak-agak untuk memberikan jawaban kepada orang luar tentang negara kitani sendiri, jika kitani boleh tahu tentang negara lain, inikan pula negara kitani sendiri, tempat kitani dibesarkan. Saya harap saya sendiri dan biskita yang membaca tulisan ini supaya tanamkan dalam diri kitani untuk kenali negara kitani dengan lebih lagi.

Blogging Nation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s