Dimana silapnya?

Posted: June 26, 2007 in Untuk renungan kita bersama

Kitani selama berdekad-dekad lamanya, telah bergantung besar pada sumber minyak dan gas, walaupun banyak sumber lain yang membantu untuk menaikkan ekonomi kitani. Akan tetapi, sumber minyak dan gas yang kita nikmati, pada masa ani, akan tiba ke penghujungnya sedikit masa lagi. Jadi bagaimanakah kitani kan menyara hidup kitani, jika sekiranya ekonomi negara tidak dipelbagaikan dan hanya bergantung pada minyak dan gas? Jika takdirnya, masih jua belum ada usaha untuk mempelbagaikan ekonomi kitani, dan sumber minyak dan gas sudah habis, adakah kitani masih mahu berada di Brunei dan mengaku sebagai orang Brunei? Atau ada yang mula tersedar dari lamunan dan mahu melakukan usaha untuk menaikkan ekonomi negara?

Kerajaan kitani yang diaspirasikan sebagai ‘developmental state’ (Kerajaan Pembangun) iaitu kerajaan yang dengan sepenuhnya mengatur langkah bagaimana negara akan dibangun dan sebagainya. Kerajaan kitani telah banyak melakukan usaha-usaha yang sedimikian seperti, memajukan Perindustrian Kecil dan Sederhana (SME) dan memajukan Perindustrian Pelancongan. Akan tetapi usaha-usaha tersebut, masih belum nampak keberhasilannya. Jadi dimanakah silapnya?

Negara-negara yang diberi status ‘developmental state’ seperti Perancis, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya telahpun nampak keberhasilannya walaupun teori ‘developmental state’ itu keberhasilannya menurun di era yang baru ini.

Di Perancis mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Brunei yang mempunyai pelan induk untuk memajukan negara. Jika di Brunei ianya dikenali dengan nama Rancangan Kemajuan Negara, di Perancis pula ianya dikenali dengan nama Commisariat du Plan. Didalam pelan Perancis ini, terdapat usaha-usaha untuk menyatukan kumpulan-kumpulan ekonomi besar untuk melabur dan menghasilkan ‘marketable goods’. Di Brunei, Rancangan Kemajuan Negara adalah untuk perancangan menguatkan lagi struktur ekonomi kitani, samada dari segi pelaburan pendidikan, perdagangan dan juga falsafah negara kitani sendiri.

Akan tetapi yang dapat dilihat dari RKN itu semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 50an, hanya dapat dilihat sedikit sahaja keberhasilannya. Mungkin saya silap dalam menafsirkan keberhasilannya, akan tetapi banyak rancangan yang hendak dilakukan oleh Kerajaan kurang berhasil. Kita lihat rancangan untuk memajukan Pulau Muara Besar sebagai pelabuhan ‘hub’ di Asia Tenggara, mahupun di Asia atau peringkat Antarabangsa. Akan tetapi belm nampak hasilnya, sedangkan pelan itu telah lama dibuat. Kita juga boleh lihat dengan pelan ‘SHuTT 2003’  atau ‘Service Hub for Trade and Tourism 2003’ yang juga tidak nampak keberhasilannya, sedangkan pelannya telah lama dibuat, iaitu sebelum milenium ke-3 lagi. Mungkin banyak perkara yang belum nampak keberhasilannya di negara kitani ani kalau ingin kitani senaraikan. Akan tetapi yang ingin diketengahkan disini adalah, dimanakah silapnya perancangan kitani atu? Saya bangga bahawa Brunei mempunyai banyak idea-idea yang sungguh mengagumkan, akan tetapi malangnya ‘implementation’ dan ‘enforcement’nya selalu lambat dan memakan masa, hinggakan negara lain pula yang mengambil idea-idea tersebut dan terlebih awal menjadikannya satu realiti dan mendapat hak untuk berbangga, ditambah lagi mengaku bahawa itulah idea mereka.

Ramai yang beranggapan birokrasi yang tinggi tahapnya dinegara kitani adalah punca segala-galanya. Mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga hanya sebahagiannya. Kerana, kita haruslah melihat masalah yang timbul dari pelbagai aspek. Kerana ada juga yang beranggapan bahawa birokrasi itu bagus asalkan ianya dinamik. Yang mungkin memberi gambaran bahawa birokrasi adalah bagus untuk sistem pengurusan dan pentadbiran asalkan ianya mahu berubah mengikut peredaran zaman.

Jadi sekali lagi ingin saya pertanyakan dimanakah silapnya ketidakberhasilan tersebut? Adakah Kerajaan atau birokrasi? Adakah infrastruktur kita yang masih belum mencukupi? Atau silap kita sendiri? Terpulang kepada awda untuk menilainya.

Sekian, dari sahabat awda

Ak Md Najib PHM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s