Pasukan Polis Diraja Brunei mengumumkan bahawa akan diadakan latihan menembak Sabtu ini, 30 Jun 2007, bertempat di Padang Tembak Jalan Aman, di Jalan Muara. Latihan akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak merasa bimbang dan diminta kerjasama supaya tidak menghampiri kawasan tersebut semasa latihan dijalankan.
Advertisements