Apa Ada Dengan Harry Potter??

Posted: July 23, 2007 in Berita panas

Diseluruh dunia memang dijadikan berita hangat tentang pengedaran secara meluas diseluruh dunia buku-buku Harry Potter. Yang terbaru adalah Harry Potter and the Deathly Hallows. Di kebanyakan negara, akan terjadinya perebutan siapakah orang yang pertama membeli dan membaca buku ini. Ada kanak-kanak yang sanggup sehingga 11 hari menunggu dikedai pengedar semata-mata untuk menjadi salah seorang yang pertama membeli buku ini. Tidak sekolahkah mereka ini? Oh, mungkin cuti.

Tetapi lain halnya di Brunei, ramai juga orang yang minat dengan Harry Potter tetapi tidaklah sefanatik dengan negara lain. Saya masih nampak buku-buku Harry Potter and the Deathly Hallows ini dikedai-kedai buku dan tidak juga dijadikan berita hangat dinegara ini akan kehadiran buku ini.

Tetapi tidak dinafikan, penulis buku ini J.K. Rowling, berjaya mencuit hati peminatnya untuk mengikuti perkembangan watak-watak dalam cerita fiksi Harry Potter ini. Tidak hairanlah beliau boleh menjadi seorang Laksawan (Billionaire) dengan hanya mendapat royalti dari menulis buku ini dan mengadaptasikannya kepada filem. Sungguh menakjubkan.

Saya harap dapat menulis buku dan berjaya seperti J.K. Rowling. Judul pertama buku saya mungkin bertajuk Awang Budiman dan Batu Kerikil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s