Brunei DPMM FC tempat ketiga

Posted: August 3, 2007 in Uncategorized

dpmmfcsuperleaque2007v3.jpg

Setelah menewaskan Pulau Pinang 3-1 pada Rabu lepas, pasukan Brunei DPMM FC berjaya melangkah ketempat ketiga. Jaringan dilakukan oleh Rosmin  dan ayam tambatan Brunei DPMM FC, Mohammad Shahrazen yang juga penjaring terbanyak di Liga Super Malaysia buat masa ini dengan memperolehi sebanyak 21 jaringan. Saingan terdekat beliau adalah Keita Mandjou dari pasukan Perak dan Marlon Alex James dari Kedah dengan sebanyak 20 jaringan setiap seorang. Jika Shahrazen dapat bermain dengan lebih konsisten dan menjaringkan lebih banyak gol, akan terbitlah seorang pemain tempatan kita yang pertama mendapat Kasut Emas, dan setanding dengan pemain-paemain import yang lain.

Dengan mendapat tempat ketiga, dapatlah kita hasratkan supaya dimasa akan datang, pasukan Brunei DPMM FC akan dapat menyaingi dengan lebih jitu lagi kepada pasukan-pasukan didalam Liga Super ini, dan dihasratkan supaya pasukan Brunei akan dapat bersaing didalam kancah Piala Malaysia pada tahun hadapan sekaligus membawa kembali Piala itu ke tanah air kita Brunei Darussalam.

Juga dikhabarkan Brunei DPMM FC akan bertandang ke Parma FC pada September mendatang diatas jemputan mereka untuk satu latihan atau program pertukaran dan perlawanan percubaan dan akan diadakan perlawanan persahabatan diantara Parma FC dan Messina di Itali.

Brunei DPMM FC juga dikatakan teringin untuk mengikat kontrak dengan dua pemain dari Sabah iaitu Munir Amran dan Zinizam Marjan. FAM telah menegeluarkan satu undang-undang baru mengenai pemain import dimana hanya dua pemain import dibenarkan didalam kancah Liga Super ini pada tahun depan.

Sumber berita dan gambar diperolehi dari sini

Comments
  1. DPMM FC..eleh..pemain terbaik x ah..cm aku..aha kes perasan..weii minat x ku ah dpmm ane..hajat ku dh tcpai waa bgmbr ma sairul dpmm tym d muara p0rt ..eee..sanang ati ku dh..nda g kn d ingau kn eh..akan dtg lgi dpmm maju teruz khadpan..kalah kn tia brazil ah apa jua gnya durng 2..mun dpt ngalah kn..kaya th truz kmu 2..kpada dpmm..main ok..tpi nda kmu ngaleh kh strek waa coach kmu ah..bri garam ati nda dpt d kanang..bh 2 shaa..akn dtg ma shahrazen bgmbr :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s