Brunei DPMM FC tewas tapi masih bergaya

Posted: August 5, 2007 in Berita panas

Sungguhpun Brunei DPMM FC tewas malam semalam, kepada Kedah dengan berkesudahan 1-0, akan tetapi masih dapat mempertahakan kedudukannya ditangga ke-3. Sebenarnya apapun keputusan dimalam, tidak akan menggoyahkan kedudukan DPMM FC, akan tetapi akan menggoyahkan kedudukan Kedah untuk menjadi juara Liga Super. Jika Kedah tidak menang, kedudukannya mungkin akan dipintas oleh Perak.

Mohammad Shahrazen juga pada masa ini terikat dengan jaringan yang sama dengan Keita Mandjou dengan 21 jaringan, dimana kedua-duanya tidak dapat menjaringkan apa-apa gol semalam. Keputusan siapa yang berhak memegang kasut emas tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.

Tetapi yang menyedihkan semalam, jualan tiket berharga 8 ringgit tidak mencukupi, dan ramai yang terpaksa beratur untuk menunggu tiket simpanan dimana hanya 47 tiket simpanan sahaja yang tinggal. Berkemungkinan, pihak pengurusan berpendapat orang ramai akan pergi menyaksikan perarakan kereta berhias dan Malam Serumpun yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddein, dan telah menghadkan penjualan tiket. Hanya tiket berharga 5 ringgit yang masih banyak bakinya.

Mungkin juga pihak pengurusan sepatutnya, mengira jumlah kerusi dengan jumlah penjualan tiket $8 tersebut dan kepada yang memegang kad masuk percuma disebelah tiket berharga 5 ringgit? Ini hnaya satu cadangan dan jangan ada pihak yang berasa tersinggung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s