Kesedaran alam sekitar

Posted: October 31, 2007 in Uncategorized

Hirup udara hari ani yang masih segar yang kurang dicemari oleh bahan-bahan pengotor (pollutant), mungkin dihari esok kelak kitani inda dapat menikmatinya lagi. Alam sekitar kitani ani amatlah tinggi nilainya. Apakah kitani rasanya masih mahu meneruskan hidup jika sekiranya alam sekitar kitani ani sudah tercemar?

Jumlah penduduk didunia ani sudah semakin meningkat dari setahun ke setahun. Jadinya jumlah orang yang kan menghirup oksigen pun meningkat. Jadinya, kalau alam sekitar kitani tercemar, berapa banyak oksigen yang boleh kitani gunakan? Cukupkah untuk kitani nanti tu? Apabila udara tercemar, susah rasanya kan bernafas. Udara yang dihirup pun inda baik untuk kesihatan.

Selain daripada pencemaran udara, banyak lagi perubahan alam sekitar yang perlu kitani hindari dan bendung, seperti penipisan ozon yang boleh menyebabkan pemanasan global dan hingga tercetusnya perubahan iklim (climate change), kekurangan air untuk dikonsumsi, penebangan hutan secara ekstensif dimana pokok diperlukan untuk proses putaran antara pemberian oksigen kepada manusia dan penyerapan karbon dioksida oleh pokok yang memang diperlukan untuk menyeimbangkan putaran hidup makhluk dan tumbuhan didunia ani dan sebagainya.

Cuba kitani pikirkan, apabila jumlah air tidak mencukupi untuk konsumsi kitani, macamana kan minum, makan, mandi? Kalau abiskita kan tau, walaupun didunia ani, 70% adalah air, 3% darinya ganya yang dapat dikonsumsi, dan ygigang lebih malangnya, 25% dari 3% atu ganya yang tersedia ada. Mun tani inda bejimat cermat macamana? Lebih teruk lagi mun air ani pun tercemar. Bayangkan 70 tahun yang akan datang masa generasi anak cucu kitani, dimana situasinya kitani indada air lagi untuk dikonsumsi secara yang kitani buat pada masa ani. Orang yang umurnya 50 tahun, usulnya macam 85 tahun pasal didalam badannya kurang air dan ia ada masalah buah pinggang, pasal kurang air jua. Lebih teruk lagi, kitani punya ‘projection’ untuk dimasa akan datang adalah tahap kesihatan yang meningkat dan jangka hayat orang pun meningkat, akan tetapi disebabkan oleh kekurangan air, umur 50 tahun adalah yang dianggap paling tua dalam masyarakat 70 tahun akan datang. Mun dulu mandi sampai limpar batab (bath tub) atu, sekarang ani pakai tuala pakai buang ganya yang kana randam sama minyak mineral. Kalau dulu bini-bini boleh bangga dengan rambut rebondingnya, afrolah, perminglah, bobcut lah, mun indada air kan pakai mencuci, buruk jua rambut tu, tepaksa tah dicukur tu sampai lasak. Dulu kitani mencuci kereta sampai bejam-jam, inda lagi betutup air tu, nah 70 tahun akan datang macam basi buruk usulnya pasal payahkan mencuci. Jadinya cubatah kitani BERJIMAT CERMAT.

Penggunaan CFC yang berlebihan sudahkitani ketahui akan menjadikan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan penetrasi yang banyak sinaran UV kebumi, dimana sinaran UV ini boleh menyebabkan kanser kulit. Mun bida kulitmu macamana? Lagi satu penipisan lapisan ozon ani jua telah menyebabkan pemanasan global dan hingga akhirnya menyebabkan perubahan iklim, termasuktah banjir kilat dan pencairan “iceberg” di daerah kutub yang dikatakan boleh menenggelamkan kawasan-kawasan rendah didunia ani.

Aku masih ingatkan bait lagu tentang penjagaan hutan di TV Brunei yang berbunyi…

“Alam indah, dengan hutan menghijauan”

dan

“Hutan kekal negara nan indah permai, menarik dan menawan sepanjang zaman”.

Hutan adalah satu anugerah Ilahi kepada kitani yang paling berharga selain air. Jadinya jagatah hutan kitani atu, mun payah benafas siapa jua yang payah. Mun ada hutan atu lawa jadinya negara atu bah. Mun ada hutan salah satu cara untuk menarik pelancong yang payah kan teliat hutan dinegaranya untuk datang melihat hutan secara langsung. Pelancong ani melancong bukan pasal kan “enjoy ” bedisko ke pub apa, mun kan bedisko arah bisdurang pun ada, tapi durang kan merasakan pengalaman berada dinegara orang dan merasakan keindahan negara atu sendiri, contohnya hutan kitani.

Jadinya harus kitani ingati bahawa alam sekitar kitani ani penting untuk dijaga dan dipelihara untuk kepentingan kitani bersama buat masa ani dan dimasa akan datang. Mulailah kesedaran kitani tentang alam sekitar dari hari ani jua.

Dari sahabat biskita,

Awangku Najib PHM

Comments
  1. dyyyyy says:

    good post. we should consider the fact of air pollution is from the over-cars bruneians used… macam- theres maximum of 2-5 cars per house. Too much carbon footprints bah.

    Why can’t we use the bus services instead of individual cars? Although getting on the bus doesnt sound so cool- but it bring a little effort on saving the environment kan?

    Talking about busses. I hope the brunei’s bus service’s getting better. macam- in time and ada schedule thing like that. Too bad it doesnt.

  2. hitamlagam says:

    I second your opinion. We cud improve the pengangkutan awam negara kitani ani, mun memang improve banar2 macam overseas atu…lebih baik ku ikut pengangkutan awam. and of course bagi tambang murahlah jangan cangak leher…hehe…tapi yang payahnya berapa ramai orang kitani yang mau naik if sekiranya ia improve? Tax kereta randah, minyak kana subsidi…hmmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s