Hangat didalam dunia pemblogan (blogging)

Posted: February 22, 2008 in Uncategorized

Pemblogan?? Suka hati bah aku ah membuat perkataan..

Hangat didalam ‘blogging arena’ di Brunei ani pasal ada remaja perempuan ani blog pasal ia malu masuk UBD. Aku dah tebaca blog yang ia lakatkan atu arah orang lain punya blog plang. Sebagai orang UBD terasa jua pedihnya hati dikata tempat ku belajar sedimikian rupa. Apa salah UBD arahnya?

Mungkin sesetengah pihak berkata “Ah biarkan tia haknya untuk becakap” dalam kata lain hak asasi manusia..

Akan tetapi adakah hak asasi manusia ataupun “HUMAN RIGHTS” ani masih berlaku kalau ia melibatkan tentang “penzaliman” keatas orang lain? Mana hak asasi orang lain? Inda ja?

Didalam isu ani, mungkin dinasihatkan agar remaja perempuan yang telah membuat komen sedimikian rupa didalam blognya atu agar berhati-hati membuat komen, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kalau remaja perempuan atu berfikir yang belajar diluar negera atu lebih standard dan orang akan melihat lebih pintar dari orang yang masuk UBD, cuba tunjukkan yang kamu memang orang yang layak untuk mendapatkannya dengan berfikiran yang lebih matang, kerana belajar diluar negara bukan sanang, “You are a minority” di luar negara dan kalau inda berfikiran matang, mungkin susah untuk berjaya.

Dan dinasihatkan supaya ubah “mindset” atu, lebih-lebih lagi anak-anak muda sekarang adalah harapan negara. Sebab atu tah tema sambutan Hari Kebangsaan Brunei pada tahun ani TUNAS BANGSA. Komen yang dibuat oleh remaja perempuan atu bukan sahaja melibatkan orang di UBD, bahkan jua melibatkan orang lain.

Sempena menyambut HARI KEBANGSAAN YANG KE-24 ani, ingin saya panjatkan doa supaya orang Brunei terutamanya anak-anak remaja kitani dapat sama-sama berganding bahu untuk membangun negara ani dan jangan kitani jatuh-menjatuh sesama kitani. Hanya orang Brunei boleh menolong orang Brunei untuk maju kehadapan (bukan pulang orang luar inda dapat)..paham-pahamkan saja tia.. Semoga jua anak-anak remaja kitani dapat berfikiran lebih matang dalam menempuhi segala cabaran…Sesuatu perkara yang berlaku keatas kitani mungkin ada hikmah disebalik atu…

Salam renungan dari sahabat biskita,

Itamlagam

Comments
  1. Fariha says:

    apa khabar, maaf sebab saya tidak tahu di mana harus saya tanya soalan ini. sebab itu saya post di ruang komen yang disediakan. saya dari malaysia dan ingin sekali belajar bahasa brunei. adakah terdapat cd ataupun kamus bahasa brunei yang boleh dibeli di sana atau menerusi online? saya cuba mencari bahan-bahan tersebut di sini tetapi tiada hasil. harap soalan saya ini akan dilayan. terima kasih.

  2. hitamlagam says:

    Terima kasih Fariha kerana berkesudian untuk belajar Bahasa Brunei. Ada terdapat laman web yang mengumpulkan segala perkataan-perkataan dalam bahasa Brunei ataupun yang biasa digunakan oleh orang Brunei. Alamatnya ialah http://beta.bruban.com/, jika ingin memiliki Kamus Bahasa Brunei juga boleh didapati di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, tetapi saya kurang pasti jika ada perkhidmatan pengiriman secara pos oleh mereka. Tetapi anda boleh melayari laman web mereka di http://www.dbp.gov.bn/maklumbalas.htm dan memberikan maklumbalas mengenai keinginan anda untuk belajar bahasa Brunei.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s