AFC dan FIFA…

Posted: March 12, 2009 in Untuk renungan kita bersama

Kenapa kian AFC sama FIFA atu karas kepala mengalahkan batu karang yang terdapat dibelakang rumahku di Australia atu? Bukankah pihak berkuasa kitani udah memansuhkan persatuan bola sepak atu kerana inda mengikut sebahagian daripada perkara-perkara yang diperlukan RoS dalam memberi kebenaran sesebuah persatuan atau kelab atu berfungsi selama mana yang mungkin. Dan apabila AFC dan FIFA bekaras jua supaya persatuan atu di ‘reinstate’ atu dihidupkan semula, bermakna AFC sama FIFA telah bermain dengan politik terhadap negara kitani. Bermakna mereka inda hormat terhadap kedaulatan undang-undang negara kitani. Mungkin semua ani disebabkan oleh ada kepentingan tersendiri mereka terhadap persatuan yang mereka benar-benar ingin dihidupkan semula atu, pasal bisdurang udah melabur terhadap persatuan atu.

Bukan plang kan inda menyuruh persatuan atu hidup semula, lagi bisai mun dapat dihidupkan semula, akan tetapi apabila ada undang-undang Negara Brunei Darussalam yang inda membenarkan persatuan atu dihidupkan semula mengapa harus bekaras? AFC dan FIFA haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh undang-undang di Brunei ani, dan apabila persatuan baru telah ditubuhkan dan diluluskan oleh RoS, bermakna persatuan atu adalah sah disisi undang-undang, dan dengan sendirinya bagi pendapat ku,  persatuan baru atulah yang menjadi pemangkin bolasepak negara kitani yang tercinta ani.Jadi dengan sendirinya persatuan baru atu layak untuk mendaftarkan diri kepada AFC dan FIFA dan juga persatuan yang lama atu inda patut menjadi ahli AFC dan FIFA, oleh disebabkan tidak dilihat sah oleh undang-undang negara kitani lagi.

Jikalau RoS kan menghidupkan semula persatuan yang lama atu, apa kata persatuan atu dijadikan untuk menjaga perkembangan bolasepak negara diperingkat antarabangsa dan persatuan yang baru atu menjaga bolasepak tempatan?

Misalannya apabila ada perlawanan bolasepak dengan negara-negara asing, persatuan lama atu yang mengendalikan dan liga-liga tempatan dijaga oleh yang baru. Mungkin ianya akan menimbulkan banyak kekeliruan dan masalah, tetapi tidak ada salahnya mencuba, dan jika tidak berhasil terpulang kepada pihak berkuasa yang berkenaan membuat penilaian.


Secebis pandangan daripada penulis blog.

Comments
  1. Liberalisme says:

    AFC dan FIFA diwujudkan berdasarkan kepada idealogi umum iaitu demokrasi. Erti demokrasi secara umumnya jua adalah satu pemilihan berpandukan kepada konsensus, ketuanya, timbalannya, ahlinya semua dipilih mengikut undi, bukan cara bujang si gandam. Kitani di sini secara amnya masih cetek dalam pengetahuan demokrasi, sebab itu kitani belum faham atau enggan memahami maksud sebenar badan tersebut. Mengenai keengganan durang untuk tidak mengiktiraf FFBD adalah atas prinsip pendirian sahaja, bukan bermakna durang mahu atau suka kepada BAFA, cuma prinsip pendirian sahaja.

  2. hitamlagam says:

    Saya faham apa makna demokrasi, tetapi nya orang Brunei ‘memajal’ untuk reinstate BAFA adalah juga bertentangan dengan konsep Sovereignty atau Kedaulatan sesebuah kerajaan.

    Kerajaan telahpun menggunakan sistem undang2 yang telus dalam hal2 Civil Society seperti Persatuan2 bolasepak yang mana undang2 telahpun menyatakan bahawa haruslah melakukan sekian2 perkara, dan nampaknya banyak civil society yang inda menunaikan janji2 tersebut, walhal memang sudah diketahui akan harusnya atau wajibnya mereka untuk melakukan hal2 yang sedimikian untuk meneruskan agenda mereka dalam penubuhan civil society tersebut.

    Apabila Registrar of Societies (RoS) membubarkan sebanyak 50 lebih persatuan termasuk BAFA, ia adalah kerana mereka tidak mematuhi kehendak RoS dalam hal2 yang telah dipersetujui semasa mereka mendaftar menjadi ahli ataupun semasa menjadi ahli. Dan apa mereka dibubarkan, ia adalah kerana memenuhi kehendak undang2. Jika RoS berkesudian untuk mengiktiraf semula BAFA, bermakna akan ramai lagi civil society yang tidak mematuhi undang2 RoS, akan minta diiktiraf semula keahlian mereka dalam RoS. Sudah setentunya akan menimbulkan kekecohan dalam sistem undang2 kita dan juga mungki dalam sistem pentadbiran kerajaan kita.

    Tidak saya nafikan dan juga bersetuju, bahawa AFC dan FIFA memang ditubuhkan berdasarkan demokrasi. Tetapi seperti kata peribahasa, rambut sama hitam hati lain lain. Seperti kata contoh, sebuah negara yang demokratik itu tidak semestinya akan diperintah secara demokrasi, ianya bergantung kepada pucuk pimpinan.

    Negara Brunei adalah negara yang tidak berasaskan kepada ideologi demokrasi, akan tetapi rakyatnya tetap hidup aman tenteram, tidak seperti negara2 demokrasi yang lain, yang masih nampak hidup dalam kancah korupsi yang amat tinggi dan keadaan sosio-ekonomi yang porak poranda.

    Jadi bagi saya, jika AFC dan FIFA, diasaskan oleh ideologi demokrasi, mereka seharusnya dapat menerima bahawa, persatuan yang dibubarkan itu, tidak diterima oleh kerajaan (buat masa ini atau selamanya) yang mana kerajaan negara adalah sebuah kerajaan yang berdaulat, bermakna kerajaan yang diiktiraf dari segi, pentadbiran, undang-undang dan legislatif. Jika AFC dan FIFA (mungkin harus ditekankan disini dimana ianya memang nampak dimedia, pucuk pimipnan mereka), masih berkeras ingin BAFA sebagai tampuk pimpinan bolasepak negara kitani, ianya seolah2 tidak mengiktiraf apa yang sebuah kerajaan berdaulat seperti negara kita telah putuskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s